semalam mr hubby kena outstation ke sarawak .. adakah dia pergi naik feri ?? atau mungkin naik bot besar sahaja ?? mana yg tau kisah mr hubby tu, mungkin tak pelik bila aku cakap mcm tu .. tp pada kengkawan yg lain ni mungkin pelik kan .. mr hubby tu fobia skit naik kapal terbang ni .. ala-ala gayat lah mcm tu .. tempat tinggi pun lansung dia takkan pandang bawah .. naik cable car pun muka dah pucat lesi .. tp disebabkan tugasan tu adalah penting, dia telah berjaya naik belon akhirnya .. hoyeeeeee .. aku suka sangat sbb at least dia mencuba dan menahan perasaan dia tu .. jadi aku rasa lepas ni kalau ada tiket murah kat air asia tu, confirm aku akan belikan utk mr hubby dan the kiddos pulak .. kira family trip .. tak sabarnya nak tunggu tiket murah ..
balik pasal citer mr hubby ni, alhamdulillah .. tadi tepat pukul 10.30 mlm dia call cakap dah selamat sampai .. dengar suara ok je .. takdelah plak pengsan ke hapa kan .. hehehe .. syukur lah semuanya selamat .. tadi kat opis pun aku dah tengok-tengok kalendar utk merancang percutian utk keluarga ..
apa pun, thank u so much lah kat mr boss yg bagi arahan utk mr hubby naik belon tu .. kalau takde arahan cenggitu, mesti dia tak mencuba kan .. sbb pada dia waktu darurat utk naik belon adalah ketika menunaikan rukun Islam yg ke 5 .. itu sahaja waktu darurat pada dia .. lepas ni dah tak bley nak ngelak ye .. i beli tiket u kena pegi jugak .. yeayyyyy
4 comments:
wahh bestnyaa nak g family holiday... syok2...
p/s: cantiknyaa rumah baru hehe...
hanis, dlm msia je yg mampu .. nak pegi o-c, kena tunggu budget lain ..
terima kasih .. kakak pun suka rumah baru ni .. :)
Alhamdulillha, dah selamat sampai dan dah berani naik flt.. lps ni selamat pergi bercuti pulalah yer.. seronoknya..
kak hanis, syukur alhamdulillah .. selamat dah .. tp dia tetap bagi syarat bagai .. hmmmm ..
Post a Comment